[MBM] Lima Kegagalan Polisi Dalaman Syarikat

Perkara ini termasuk dalam Mitos #2 - Wartawan Confirm Datang

Kenapa kempen media massa saya gagal? Baca lima perkara ini sambi tengok cermin.

i. Tiada perancangan teliti melibatkan pembangunan produk

Peniaga tak kenal produknya sendiri, mengakibatkan ketidak tentuan dalam plan merancang kejayaan sebuah produk. Dia pun tak tahu bila waktu sesuai menge-boom-kan produk kepada pasaran, dia tak pasti jenis pelanggan niche,

Kes paling naya, bila si peniaga sebenarnya tak berniat pun nak go to media tapi tiba-tiba ada wahyu datang entah dari mana...lalu beliau ambil risiko itu, kasihan dia terpaksa berperang dalam keadaan yang tak sedia.

ii. Birokrasi internal syarikat

Marketing department dah set year-long project baik punya, boss dah tahu, dah setuju pun tapi boss pula dok kata "nanti saya sign approval, tengah sibuk ni" atau boss dah sign approval, tapi account manager rasa ini perkara remeh lalu lambat keluarkan bajet.

Marketing team, dalam kebanyakan kes tak akan berani nak bergerak tanpa kelulusan bajet. Penganjuran sesuatu program bukan murah. Memanglah boleh buat yang bajet, no-frills punya tapi masih kena pakai duit kan.

Takkan (dan banyaknya tak akan pun) pekerja nak kena keluar duit poket sendiri, dalam situasi yang mereka pun tidak pasti sama ada mereka akan dapat semula duit yang di-upfront-kan itu atau tidak. Mereka pun ada anak bini nak bagi makan bang...

- - -
Sertai komuniti MBM @ Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
- - -

iii. Kedekut

Sedarlah bahawa seni mengurus sidang media, pelancaran produk dan yang seangkatan dengannya ini bukan kerja yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Ia perlu satu kepakaran khusus dan pengalaman yang luas untuk dilaksanakan.

Tidak ada satu template khusus yang boleh di 'cut-and-paste' untuk semua situasi. Yang ada hanyalah panduan umum, yang hanya boleh bertindak sebagai asas kepada penganjuran acara dan ia perlu di 'tailor-made' dengan keadaan semasa dari sebesar-besar perkara sampailah hal yang kecil-kecil.

Sebab itulah saya suka mencadangkan buat mana-mana syarikat untuk mengupah konsultan berpengalaman untuk membantu dalam kempen-kempen yang bakal diadakan. Kepakaran mereka dalam bidang ini boleh melegakan pening kepala anda, thus allowing you to keep your focus on things that really matter - the product.

iv. Ketakutan yang tidak perlu

Saya faham bila saya guna perkataan 'kedekut' pada poin di atas, pasti ada yang kata "Bukannya kami kedekut tapi syarikat kami kecil, memang tak ada duit."

While I do undertand your challenge(s) on money-related matters, I do believe, that should not be an excuse for you to take up your marketing campaign lightly.

Jadi, soalan saya kepada anda ialah "SUDAHKAH ANDA BERTANYA?"

Ya. Ramai usahawan memilih untuk bersangka-sangka tentang kos yang mereka perlu belanjakan untuk mendapatkan khidmat pakar. Sebenarnya anda juga perlu sedar bahawa buat para konsultan perhubungan awam, mereka juga perlukan bisnes. Mereka perlukan juga duit anda. Untuk ini mereka juga sudi menawarkan pelbagai pakej yang sesuai dengan kemampuan bajet anda.

Ada pakej komprehensif, yang mana anda hanya bayar wang dan mereka akan uruskan segalanya. Ada juga pakej bajet, yang mana kerja dibahagikan antara anda dan konsultan dan ada juga pakej ringan, ada pakej bajet, ada juga pakej 'tuan penasihat'. Semuanya datang dengan harga berbeza. Carilah yang mana sesuai untuk kempen anda.

Buangkan ketakutan yang tidak perlu itu. Work on facts. Anda akan jumpa jalannya.

v. Tawaduk Poyo

Satu lagi kegagalan dalaman syarikat dalam kempen-kempen publisiti adalah bila adanya sikap 'tawaduk' yang sebenarnya lebih sesuai diistilahkan sebagai poyo.

OK. Anda nak buat sidang media. Anda tahu yang anda perlu BERCAKAP dengan pihak media. Tapi bila 'top-tier' syarikat, kadang-kadang di taraf CEO pun memilih untuk cakap "jangan masukkan nama saya dalam berita, saya tak mahu dikenali" itu ertinya anda mengundang kemarahan tahap malapetaka dari kami para wartawan.

Antara alasan yang pernah saya dapat ialah:

"Saya tidak mahu over expose kepada umum"

"Ini hanyalah perjuangan saya di jalan Allah untuk berbakti kepada masyarakat"

dan yang paling canggih,

"Saya tak mahukan publisiti"

Dah tu kenapa kau panggil kami datang buat liputan, dol?

Kegagalan seperti ini sepatutnya dapat dielakkan. Mudah sahaja nak selesaikan masalah ini. Yang saya boleh cadangkan, ada dua cara:

- Buat 'manegerial decision' siapa yang perlu/ berhak/ mesti bercakap untuk pihak syarikat
- Lantik seorang jurucakap rasmi (spokesperson) bagi syarikat

(Amaran: Dalam dunia bisnes hari ini, penggunaan jurucakap sudah semakin ketinggalan zaman. Bisnes kini jadi semakin liberal dan orang menilai syarikat berdasarkan kepimpinan tertinggi syarikat. Melainkan anda tauke syarikat yang punya banyak kontreversi atau bisnes anda boleh menggadai nyawa anda, mungkin sesuai untuk guna jurucakap)

Jadi dalam kenyataan akhbar, dalam sidang media dan apa-apa yang melibatkan media -- letaklah rujukan kepada orang-orang yang boleh kata-katanya dipetik untuk dimasukkan dalam berita. Jangan nanti dah siar baru nak kelam kabut telefon editor merayu agar kami edit semula berita. Dah terlewat beb.

- - -
Ok sampai sini dahulu. Jumpa lagi dalam post akan datang pada Jumaat, tentang tips buat surat jemputan kepada media
- - -

Jumpa lagi

Ali Imran
Wartawan Awam
www.wartawanawam.com

+++
- - -
Sertai komuniti MBM @ Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
- - -


Wartawan Awam
This email was sent to | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite